Responsive Ads Here

Saturday 9 July 2016

Tart Nenas Gebu Gebas Yang Sangat Sedap





Aduh tersenyum saya sorang sorang. Ada juga orang macam ni dalam dunia. Bila buat kek tak menjadi, salahkan resepi, salahkan saya. Yang paling kelakar, minta saya gantikan duit dia yang membeli bahan bahan. Aduhhaai kenapalah begini sekali adat belajar. Kalau kek buah tu dah pahit, sah sah lah gula nya dah hangit kerana dimasak dengan api kuat. Saya ke yang salah? Mestilah ada sebab bila kek tu tak sedap. Memasak ni kena ikhlas dan tak boleh nak show off. Saya memasak tak ada pun atas kepentingan apa apa. Ada kala, saya pun gagal dalam percubaan memasak saya.  Saya tidak berniaga dan tidak pula charge resepi yang dikongsikan. Apa apa pun saya harap, dia tahu apa yang perlu dia buat selepas ini. OK lah sempena bulan Syawal ini, saya tak mahulah merosakkan amalan Ramadhan saya dengan melayan orang seperti ini. 

Syukur Alhamdulillah kerana kita telah berpeluang untuk berada dalam bulan Ramadhan dan semoga kita berjaya menjadikan diri kita seorang bertaqwa yang Allah janjikan penghapusan dosa. Samada kita telah menemui Malam Lailatul Qadr, hanya diri kita yang dapat menilainya. Apakah bisikan kebaikan lebih kuat dari bisikan untuk melakukan kejahatan dalam diri kita. Jika ya, maknanya kita mungkin telah bertemu malam penuh keberkatan itu. Insya Allah semoga kita dipanjangkan usia untuk menghadapi Ramadhan akan datang dengan usaha yang lebih berlipat ganda. Banyak nikmat dan peluang yang telah Allah kurniakan untuk saya beribadat sepanjang bulan Ramadhan yang telah lalu. Semuanya datang dari Allah bila kesusahan yang dihadapi sebenarnya adalah satu manfaat yang tersembunyi. Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya sangat gembira kerana berpeluang merasai suasana beraya di Kelantan setelah sekian lama. Namun apa yang saya perhatikan, banyak perubahan yang berlaku dari segi hidangan. Lebih moden. Contoh 2 rumah yang saya kunjungi menghidangkan soto. Sedang untuk perantau seperti saya, pasti yang dicari adalah hidangan Kelantan seperti nasi kapit, nasi dagang atau lain lain makanan Kelantan seperti nisse cair dsb. Namun begitu, saya tetap seronok terutama Nana, Juita dan Aween ikut sekali berhari raya.



 

 
Seperti dijanjikan dalam entri inti tart nenas sebelum ini di SINI, kali ini saya ingin kongsikan resepi tart nenas gebu gebas yang kami sediakan untuk hari raya baru baru ini. Inilah resepi baru yang saya pelajari dari Nana. Resepi kawan beliau yang memang setiap tahun menyediakan biskut tart nenas. Boleh lihat juga resepi "keeper" saya iaitu Tart Permata Qaseh di SINI dan SINI.  Layan juga video di bawah ini.




Jom layan resepi mudah dan sangat gebu ini. Rugi tak mencubanya tau. Saya perhatikan biskut tart memang laris dan dicari cari. Saya sendiri hanya makan biskut tart berbanding dengan biskut lain.
 
 
 

Biskut Tart Nenas

Bahan bahan:
250 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm gula kaster
40 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kuning telur + sedikit air  +  pewarna kuning - sapuan

Cara cara:

Satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja.

Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti dan gulung.

Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit.




 
Susun atas redai dan bila sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.


 

No comments:

Post a Comment