Responsive Ads Here

Saturday 23 July 2016

Soto Ayam Azie Kitchen Untuk Tetamu Beraya





Kami menyediakan Soto Ayam untuk hidangan tetamu di majlis makan makan raya kecil kecil di rumah kami. Saya menjemput Ezzaty dan keluarga beraya di rumah kami sebelum beliau berangkat melanjutkan pengajian beliau di USA. Jadi alang alang nak memasak, saya mencadangkan Nana menjemput sekali rakan rakan beliau. Saya mengenali Zaty semasa sama sama mengerjakan solat terawih. Kebetulan adik Zaty merupakan imam solat terawih di surau kami. Oleh kerana kami tinggal dalam kejiranan yang sama, saya meminta Zaty mengajak sekali ibubapa dan adik beradik beliau untuk sekali datang beraya.






Kalau menpunyai majlis makan makan terutama sempena raya, juadah yang biasa disediakan di rumah kami adalah Soto Ayam, Lontong atau laksa. Selain menjadi kegemaran ramai, ianya juga mudah disediakan. Maklum musim perayaan seperti ini, juadah yang simple lebih digemari. Boleh rujuk juga entri mengenai Soto Ayam kami sebelum ini di SINIKali ini saya meminta Nana menyediakan untuk 2 adunan. Saya juga menyediakan video ringkas penyediaan Soto Ayam dan Sambal Kicap Meletop. Jika anda ingin melihat video tersebut, sila lawat Instagram Azie Kitchen. Jangan lupa follow IG Azie Kitchen ya...

Jom layan a keeper recipe Soto Ayam Azie Kitchen di bawah ini...


Soto Ayam Azie Kitchen
Bahan bahan:
I ekor ayam � potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk

Cara cara:
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih. Nota: saya guna air dalam 2-2 1/2 blender. 

Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan perap dengan kicap masin seketika sebelum digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.





Masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.



Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur. Taburkan bahan bahan lain dan juga sedikit Sambal Kicap. Kali ini kami guna resepi Sambal Kicap Meletop. 



Bahan bahan Lain:

Taugeh

Daun sup � hiris

Daun bawang � hiris

Bawang goreng
Mee hoon goreng - jgn cuci, terus digoreng
Begedil
Kacang tanah goreng
Mee hoon � celur
Nasi Impit � potong kecil

Nota:
Tips nak menggoreng kacang tanah, masukkan kacang dalam kuali sebelum minyak panas dengan menggunakan api yang kecil supaya tak hangus dan rangup.

Tengok 2 cara cara penyediaan Sambal Kicap di bawah ini. Kami guna cara Sambal Kicap Meletop sebagai kelainan. 


Sambal Kicap Kak Yatie:
Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Gula

Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula.


Sambal Kicap Meletop:
50 biji cili padi kampung - potong 2
10 ulas bawang putih - hiris hiris
1/2 biji limau nipis atau secukup rasa - ambil jus
Kicap lemak manis Cap Kipas Udang secukupnya
Sedikit bawang goreng - opsyenal

Cara-cara:
Masuk minyak masak dalam kuali dan lepas tu terus masukkan cili padi dan bawang putih dan tutup dengan penutup. Jangan tunggu minyak panas kerana cili akan meletop-letop. Tips: cili potong 2 untuk mengelakkan ianya meletup.

Goreng sehingga hangus sikit. Selepas itu, keluarkan dari kuali dan masukkan ke dalam pengisar. Masukkan kicap dan perahan limau nipis. Tak perlu masukkan air. Jika suka, boleh juga ditumbuk bahan yang digoreng tadi.

Nota:
Jika suka, masukkan bawang goreng semasa mengisar.


No comments:

Post a Comment