Setiap kali menjelang raya, pasti kepala akan ligat memikirkan menu utama untuk dimasak dan dihidangkan di pagi raya. Yang pasti, ianya mestilah nasi. Lagi pulak, hidangan yang sama akan dimakan untuk makan tenghari atau malam. Tak sangguplah hari raya untuk ke dapur memasak juadah untuk makan tengahari atau malam pulak. Jadi itulah sebabnya saya memilih juadah berasaskan nasi. Kalau dah perut Melayu, walaupun ada nasi impit dan pelbagai kuih muih, tak rasa kenyang kalau tak makan nasi. Dalam tercari cari resepi, saya tertarik untuk mencupa resepi nasi minyak ibunda di SINI untuk merasai kelainan dari resepi nasi minyak yang biasa saya gunakan. Ia memang sedap walaupun saya tidaklah merasakan suatu kelainan ketara dari nasi minyak kami sebelum ini. Cuma kali ini Nana yang ditugaskan memasak juadah nasi minyak dan ayam masak merah telah terlupa untuk meletakkan pewarna dan kismis, jadi ianya nampak kosong walaupun rasanya tetap sedap. Jadi saya tak lah snap gambar nasi minyak tu. Lebih fokus pada ayam masak merah dan pajeri nenas sahaja.
Ayam Masak Merah pula menggunakan resepi yang telah saya ubahsuai di sana sini berdasarkan percubaan sebelum sebelum ini. Memang terbaik dan sangat sedap. Ia akan menjadi a keeper recipe kami untuk Ayam Masak Merah. Bagi memudahkan rujukan di masa depan, saya sertakan resepi nasi minyak dan juga resepi Ayam Masak Merah di dalam entri ini. Untuk resepi pajeri nenas pulak boleh klik di SINI dan di SINI untuk stail Kelantan. Klik juga entri Ayam Masak Merah saya yang lalu di SINI.
Ayam Masak Merah pula menggunakan resepi yang telah saya ubahsuai di sana sini berdasarkan percubaan sebelum sebelum ini. Memang terbaik dan sangat sedap. Ia akan menjadi a keeper recipe kami untuk Ayam Masak Merah. Bagi memudahkan rujukan di masa depan, saya sertakan resepi nasi minyak dan juga resepi Ayam Masak Merah di dalam entri ini. Untuk resepi pajeri nenas pulak boleh klik di SINI dan di SINI untuk stail Kelantan. Klik juga entri Ayam Masak Merah saya yang lalu di SINI.
Jom layan apa rahsia yang menjadikan nasi minyak lebih sedap di resepi di bawah ini dan juga resepi ayam masak merah...
Rahsia Nasi Minyak Sedap?
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:?
Beras Basmathi � basuh dan tos?
Minyak sapi
?Majerin Planta?
Bunga lawang, kayu manis
?Bawang merah? - hiris
Halia - sagat dan ambil jus
?1 sudu besar jus Sunquick?
Garam?
Sedikit pewarna? kuning dan merah
Sedikit susu cair
Beras Basmathi � basuh dan tos?
Minyak sapi
?Majerin Planta?
Bunga lawang, kayu manis
?Bawang merah? - hiris
Halia - sagat dan ambil jus
?1 sudu besar jus Sunquick?
Garam?
Sedikit pewarna? kuning dan merah
Sedikit susu cair
Cara cara:
Panaskan minyak sapi dan majerin planta. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah yang telah dihiris. Nota: boleh lebihkan minyak sapi jika suka nasi minyak yang rasa kuat.
Bila bawang telah wangi dan keperangan, masukkan ke dalam periuk nasi yang mengandungi air yang telah disukat mengikut sukatan beras. Nyalakan api. Kacau dan masukkan sedikit garam. Nota: sukatan air = 1 pot= 1 � pot air
Beras dibasuh bersih dan tos. Bila air telah mendidih, masukkan beras dan kacau rata. Biarkan seketika.
Sementara itu, sediakan air perahan halia. Sagat halia dan dapatkan jus nya. Atau blend je halia, kemudian tapiskan. Masukkan air halia ke dalam periuk nasi.
Seterusnya, masukkan dalam 1 sudu Oren Sunquick atau jus perahan lemon. Kemudian, tutup periuk.
Apabila nasi telah hampir kering, masukkan susu cair ke dalam nasi. Gaulkan nasi hingga sebati.
Kalau mahu ada sedikit berwarna, boleh titiskan pewarna di atas nasi yang hampir masak. Jangan gaulkan nasi. Tutup periuk dan bila nasi telah masak, baru dikacau rata dan sedia untuk dihidangkan. Nota: boleh juga masukkan kismis dan biji gajus yang digoreng.
Ayam Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit
2 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris
2 batang serai - ketuk
2 mangkuk kecil sos cili jenama Kimball - saya guna 2/3 botol besar
3 sudu besar gula atau secukup rasa
2 sudu kecil garam
Minyak - untuk menumis
Bahan kisar:
25-30 tangkai cili kering - 5 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar - saiz besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan lain - opsyenal:
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 tin kecil kacang peas
1/4 tin susu cair
Daun ketumbar - tabur
Cara cara:
Ayam digoreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang besar hiris, serai, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga wangi. Masukkan bahan bahan kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan pecah minyak.
Masukkan cili sos, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga sedikit air. Kacau rata dan biarkan ianya mendidih serta pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah pecah minyak. Masukkan susu cair, kacang peas dan bawang besar hiris bulat. Siap dan bolehlah ditutup api.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah pecah minyak. Masukkan susu cair, kacang peas dan bawang besar hiris bulat. Siap dan bolehlah ditutup api.
Tabur daun ketumbar sebagai hiasan, jika suka sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment