Atas permintaan Juita yang ingin makan Kuah Kacang ketika balik hujung minggu lalu, saya menggagahkan diri untuk memasak sebaik balik dari pejabat. Ikutkan hati memang agak malas kerana keesokannya menpunyai 4 undangan rumah terbuka. Pada hari Ahad nya, ada lagi 3 rumah terbuka termasuk satu majlis perkahwinan. Namun demi anak anak, saya tabahkan hati dan lawan perasaan malas. Itu pun, Juita dah siap mengupas bawang bawang, merebus cili kering dsb. Ianya menjadikan tugas saya lebih mudah dan cepat. Namun begitu, bab menumbuk kacang lah yang memakan masa agak lama. Gigih menumbuk menggunakan lesung batu. Nampak gaya kena mempercepatkan membeli blender kering. Tak larat nak menumbuk lagi. Resepi ini selain menggunakan daging, juga sedap menggunakan ayam. Klik di SINI untuk kuah berdaging dan SINI untuk kuah kacang menggunakan ayam. Cuma yang wajib ialah menumis cili sehingga benar benar masak dan garing. Barulah ianya menjadi sedap. Kalau tidak, kuahnya akan terasa seolah cili yang tidak masak. Boleh layan video penyediaannya di dalam Instagram Azie Kitchen. Terutama bab merebus kacang tanah selepas ianya dikisar.
Saya memasak Kuah Kacang bersekali dengan memasak Rendang Daging. Bayangkan saya bersilat di dapur. Sambil memasak, sambil juga merakam video. Bila kuah kacang masak, dah agak malam. Tapi Juita dan Aween terus makan selepas diangkat dari dapur. Pada mulanya, saya hanya mengambil sesudu dari pinggan Juita. Tapi selepas merasakan kuah kacangnya sangat sedap, saya mula menceduk semangkuk untuk saya sendiri. Aduhaai selamba rock jer walaupun dah tengah malam, masih lagi boleh makan. Makanan berat pulak tu. Macam mana nak slim kalau macam ni. Apa apa pun, kuah kacang ini sangat sedap. Tambah pulak dimakan sekali dengan rendang daging, memang bertambah meletop nyer. Tips juga adalah kuahnya mesti ada rasa manis manis sikit, barulah ada kick. Hihihi.

Jom layan resepi yang sangat istimewa ini. Telah hampir 30 tahun menjadi resepi kuah kacang keluarga saya. Pendek kata, ianya adalah salah satu dari keeper recipe untuk kami. Selamat mencuba.
Kuah Kacang dengan Daging Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg daging - potong kecil dan rebus
1/2 kg kacang tanah
1 cawan cili kisar - 25 tangkai cili kering
1 gelas air asam jawa - dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam halus
1 cawan minyak mazola
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
Cara cara:
Kacang tanah disangai tanpa minyak atau dibakar di dalam oven sehingga berbau wangi. Buangkan kulit dan dikisar serta sedikit ditumbuk supaya tidak terlalu hancur. Jangan kisar terlalu hancur.
Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing dengan minyak mazola, setelah garing, masukkan cili giling, goreng lagi hingga cili benar benar masak.
Masukkan daging dan kacau rata. Setelah keluar minyak, masukkan sedikit air rebusan daging, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak dengan api perlahan. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.
Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang. Hari ini, saya makan nasi impit kuah kacang dan rendang daging sekali. Memang terbaikk..
Nota:
Boleh masukkan dalam bekas bertutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang.
No comments:
Post a Comment