Responsive Ads Here

Thursday, 30 June 2016

Tanpa disedari sebenarnya telah lama saya tidak balik berhari raya Aidil Fitri di kampung halaman saya. Bila saya menyemak semula gambar gambar lama semasa beraya, kali terakhir saya balik beraya di Kelantan ialah pada Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012. Tahun 2013 dan 2014 saya mengerjakan umrah pada akhir Ramadhan. Beberapa bulan selepas hari raya...

Wednesday, 29 June 2016

Malam ini adalah malam ke 25 Ramadhan. Masa untuk memburu malam Lailatul Qadr kerana Allah. Masa untuk mempertingkatkan ibadah dan memecut laju. Hari ini saya nak kongsikan sedikit tazkirah oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi di surau BNM berkenaan Lailatul Qadr. Harap sudi membaca sehingga ke akhirnya. Ramai yang dah tahu berkenaan perkara ini, jadi...

Friday, 24 June 2016

Catatan tazkirah Ustazah Nor Hafizah Musa berkenaan Tarbiah Ramadhan. Masa kita sekolah, universiti ada peperiksaan setengah tahun atau ujian pertengahan semester. Kenapa ujian itu diperlu? Untuk menilai performance kita separuh masa pertama. Sekarang kita telah melalui ujian pertengahan bulan Ramadhan. Patut markah dah keluar untuk 15 hari Ramadhan....

Wednesday, 22 June 2016

Saya ingin kongsikan perkongsian yang menarik oleh Dr Muhamad Nasib di Surau tempat saya bekerja berkenaan perbezaan antara seorang muslimin dan seorang mukminin dalam bab beribadat. Antaranya yang sempat saya salin adalah orang muslimin akan datang ke masjid selepas azan. Orang mukminin akan datang sebelum azan kerana azan adalah untuk memanggil...

Tuesday, 21 June 2016

   Saya ingin kongsikan tazkirah di Surau Ad Dhuha oleh Dato Shakir. Wahai orang yang beriman hendaklah kamu lihat jiwa jiwa kamu yang akan kamu persembahkan pada hari esok. Hendaklah kita persiapkan hari ni utk persembah pada Allah esok. Sempena malam Nuzul Quran malam di mana Al Quran diturunkan dari Luh Mahfouz ke Baitul...

Wednesday, 15 June 2016

Kuliah Zohor Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri  di surau hari ini mendapat sambutan ramai dari staf. Dimulakan dengan anologi persiapan yang kita buat untuk menyambut hari raya di mana semuanya telah sedia beberapa bulan sebelum raya. Menunjjukkan suasana yang begitu seronok. Begitu juga persiapan anak nak masuk...