Responsive Ads Here

Monday 21 August 2017







Lama tak bersiaran dengan perkongsian resepi, jadi hari ini, saya mulakan dengan resepi ala ala sangat mudah. Sebelum itu, kita layan dulu intipati dari Kuliah maghrib surah Ad Dhuha, Fiqh oleh Ustaz Adli Saad bab Janaa'iz iaitu takziah kepada mereka yang ditimpa ujian atau musibah. Ianya adalah supaya mereka bersabar untuk menerima ganjaran Allah. Untuk sebarang musibah. Allah uji dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta atau kehilangan orang yang dikasihi. Orang yang ditimpa musibah akan menyebut kita milik Allah, iaitu Innalillahi wainna ilaihiroojiuun. Semua milik Allah. Allah berhak memberi dan mengambil. Jadi hendaklah kita bersabar dan mengharap ganjaran Allah. Harus beri ucapan takziah pada orang ditimpa musibah. Tapi takziah tak boleh diberi berulang ulang kali. Cukup hanya sekali supaya kesedihan yang mungkin hampir hilang akan datang kembali. 

Bila mendengar kematian, kita kena memohon keampunan bagi si mati dengan doa "Allahummaghfir lahum warhamhum wa �afihim wa'fu 'anhum", bukan dengan sedekahkan Al Fatihah seperti yang diamalkan ramai orang. Ini adalah si mati yang membawa banyak amalan tapi jika dosa tak diampun, tak akan masuk ke syurga. Ini adalah contoh orang yang muflis bila pahala terpaksa diberi pada orang lain dan dosa orang lain juga terpaksa diambil bila pahala yang ada telah habis. Tapi jika sikit amalan sekali pun, pada masa yang sama menpunyai dosa yang banyak tapi jika diampun, dia akan masuk syurga. Beramal tanpa ilmu dalam mazhab shafie tak diterima amalannya. Jadi apa yang paling baik yang patut dibuat oleh anak anak adalah berdoa meminta keampunan pada ibubapa yang meninggal. Bukan dengan menambah amalan seperti mengadakan tahlil, upah orang membaca Al Quran, sedekah pahala dan sebagainya. Mudah sahaja. Ikut cara Nabi. Dalam sebuah hadis, iaitu hadis daripada Othman bin Affan r.a. ia berkata pernah Nabi s.a.w. apabila sempurna mengebumikan mayat, baginda berdiri berhampiran kubur, lalu bersabda kepada orang ramai yang bermaksud: ``Pohonkan keampunan untuk saudara kamu dan mohon ketabahan baginya kerana ia sesungguhnya sekarang ini sedang disoal.'' Juga dalam surah Ibrahim: 40-41 dijelaskan tentang doa Nabi Ibrahim, yang memohon kepada Allah s.w.t. agar anak cucunya dijadikan Allah manusia yang kekal mendirikan sembahyang. Kemudian baginda berdoa yang bermaksud: ``Ya Tuhan kami, ampunilah akan daku juga kedua-dua ibu bapaku dan seluruh mukminin pada hari kiamat kelak.'' Walau pun banyak kali perkara ini diperkatakan, masih ramai yang sedekahkan Al Fatihah. Paling malang, bila hanya ditulis atau CnP Al Fatihah di WhatsApp tanpa membacanya pun. Semoga bermanafaat.

Setiap kali menyediakan hidangan, saya akan memastikan ianya seimbang dan berbagai kombinasi seperti berkuah, kering atau bergoreng dan sayuran. Jadi sayur goreng seperti ini memang lah antara kegemaran kami. Resepi ini ibarat resepi bidan terjun tak kala tak ada idea untuk menyediakan hidangan sayuran, bolehlah guna resepi ini untuk apa sahaja jenis sayuran. Mudah, tak guna banyak bahan dan sedap. Lain lain aksesori seperti bawang goreng, cili merah dan daun bawang, bolehlah ditabur jika ada stock dalam peti ais masing masing. Nampak macam sempoi giler tapi sedap dan berkhasiat. 

Jom layan resepi yang mudah yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Jom layan...




Sayur Kubis Dengan Telur

Bahan bahan:
1 mangkuk kubis
1/2 batang karot  
1 tangkai cili merah - hiris
3-4 ulas bawang putih - hiris
1-2 biji telur - kocok sedikit
Garam
Serbuk perasa
Minyak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan karot dan kacau sehingga agak lembut sebelum dimasukkan kubis. 

Bila kubis hampir lembut, tuangkan telur dan kacau rata supaya bergaul dengan sayuran.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali, masukkan cili merah dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.




Friday 11 August 2017

Resepi Char Kuey Teow Terbaekk!! | Assalamualaikummmm... Haa..Sape suka char kuey teow? Jom cuba resepi ni..mudah dan sedap... Admin akan berkongsi resepi terbaik utk anda :)

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : ?Jamiah Tulisman

Resepi Char Kuey Teow Terbaekk


Ini adalah bahan yang sangat penting.. Sos char kueyteow.

*Bahan sos boleh simpan lama dan boleh buat 4 kali kueyteow 500gm

2 litre air Masak
100 ml sos ikan
200ml kicap manis (sy guna cap kipas udang)
2 sudu cukup rasa Maggie
3 sudu besar penuh sos tiram Maggie
250ml sos cili (1 cawan)
100ml kicap pekat

Cara: campurkan jek semua dan kacau rata.. dah siapp.. 

*Kalau nak buat separuh adunan sos atas Tu pun boleh sebab dapat banyak dan sos kena simpan dlm bekas bertutup ye.. Dan simpan dalam peti sejuk.. Bila nak buat char kueyteow atau mee amek jek sos ni.



Jom tengok cara membuatnya:

Panaskan sikit minyak..tumis bawang putih dan hirisan bawang merah.. tumis hingga naik bau.. masuk lada kering yang siap blend tu dalam 2 sudu besar.. tumis hingga garing.. Dah garing masukan 500ml sos



Biarkan mendidih.. Dah didih pecahkan 2 baji telur ..biar kejap dan Kacau rata. Masa ni pasang api besar..



Masukan udang,kerang (jika ada)



Kecikkan api, masukan 1/2 sudu makan gula dan kacau kacau rata..Tak perlu masuk garam



Masukkan kueyteow



gaul rata..



Masukan taugeh/ sawi jika suka, dan tutup api
Kacau dan angkat



Hidang panas-panas... Fuhhh...merecikk... :P

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi!! | Assalamualaikummmm... masak ni buat pedas2 sket nasik kene panas-panas pergh bepeluh beb.. resepi masak lemak cili padi pedas menyengat. Sangat terbaekk..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : ?Azlina Ina Fans

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi


20 tangkai cili padi kampung sape yang tak tahan pedas jangan ikut aksi ini hahaa kurangkan la takut ko terjun sungai



Ayam sebelah bersihkan dengan tepung gandum untuk hilangkan bau hanyir ayam



Bawang merah 4 ulas pastikan bawang india kalau takde ko amik tiket dulu pegi india beli balik baru buat..

Resepi masak lemak ni xde gune bawang putih jangan taruk bawang putih xsedap



Kunyit idup ni bukan suh ko cari mamat kunyit ahahaa.. ok tumbuk semua bahan dari atas ke kunyit ni



Ok sediakan periuk yang tan tan warne nye hahaa..
terjun kan semua.. titik kan 3 batang serai terjun kan sekali tuang 1 cawan air paip dan didih kan.. Takyah tumis tumis...



Dah didih masuk ayam tutup (letak tudung) 5 minit bagi kecut



Masuk 1 kotak santan



1/2 cawan air kalau nak kuah banyak lebihkan sket.. biarkan ayam empuk sambil-sambil kacau jangan pecah santan xsedap



Masukkan sedikit asam keping jangan masuk awal sangat nanti telebih kembang asam tu gulai ko masam.. garam dan perasa kalau nampak kurang kuning tambah sikit serbuk kunyit



Tadaaa.. Alhamdulillah masak dengan elok dan jayannya.. ape lagi makan la berasap telinge beb hahaa

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Saturday 5 August 2017

Resepi Portuguese Egg Tarts Enak!! | Assalamualaikummmm... Kita try dengan kueh tart portugis yer..macam sedap jer.. Resepi ni Badah ambil dari blog Kak Ungku Betty (My Colourful Life) tq ye!!


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : ?Hamada

Resepi Portuguese Egg Tarts Enak!!

Bahan custard filling:

250ml susu penuh krim 
1/2 cawan gula pasir + 5 sudu besar air
2 sudu teh essen vanilla
2 kuning telur
2 sudu besar tepung jagung


Cara memasak:

1. Masukkan 5 sudu air + gula ke dalam periuk, masak hingga mendidih & gula larut. Tutup api.

2. Di dalam cawan campurkan sedikit susu dengan 2 sudu besar tepung jagung. Kacau rata.

3. Masukkan campuran susu + tepung jagung, baki susu, 2 kuning telur dan essen vanilla....kacau rata.

4. Masukkan campuran susu dll tadi ke dalam periuk yang berisi larutan gula tadi, kacau rata dgn api yang kecil sehingga menjadi likat atau pekat. Tutup api dan angkat Kulit puff pastri

Badah gunakan pastri puff jenama Kawan paket 40gm x 10pcs. Dengan adunan custard filling di atas kita boleh dapat dalam 32 biji egg tarts = 8 kpg puff pastri.


Caranya:

Panaskan oven selama 10 minit - suhu 190-200 darjah celcius/400 darjah Fahrenheit.

1. 1 keping pastri puff di belah 4 untuk mendapat 4 kpg pastri puff terap bentuk bulat.(part ni badah x buat, hehe. Potong 4 terus masuk dalam acuan. Kikiki...

2. Masukkan ke dalam acuan muffin - badah gunakan acuan yang boleh memuatkan 12 keping puff. Cucuk2kan bahagian permukaan bawah dgn garpu.

3. Sudukan custart filling penuh (tapi pastikan tidak melembak.. TAPI... badah tak isi penuh pun.. isi sikit je.. sebab takut manis sangat.. hehe.. ) ke dalam setiap pastri puff dalam acuan muffin tersebut. Bakar selama 20 min atau sehingga egg tart berwarna keemasan seperti gambar egg tart tuuuu. Bila keluar kadang2 tu bentuk dia pelek sikit, boleh bentukkan fillingnya masa masih panas. Angkat dan biarkan sejuk.

4. Siap!!

P/S: Walaupun rupa di mcm dlm gambar tu.. tp percaya lah.. boleh mimpi.. silap2 boleh berjalan dalam tido.. sebab sedap sangat!!!!!


Lihat gambar di bawah untuk lebih jelas cara penyediaan.



Masak gula dan air hingga gula larut dan mendidih..



Campurkan tepung jagung dengan sedikit susu supaya tepung tak berbiji-biji masa dalam periuk..



Kemudian campurkan semua susu, campuran susu dan tepung jagung dan kuning telur, dan esen vanila.



Kacau rata..



Kemudian masukkan ke dalam periuk yang diisi dengan gula tadi..



Sediakan kulit puff pastry..



Potong 4 bahagian.



Sediakan tray muffin..



Isi kulit puff pastry dan cucuk dengan garfu duli bahagian bawahnya.



Isikan adunan yang di masak tadi. Kemudian bakar..



Tudiaaa....nyumm...

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Friday 4 August 2017

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Sedap, Simple & Terbaek!! | Assalamualaikummmm... Nurliz suka belek-belek resepi, tetiba terjumpa resepi Ikan Siakap Stim Limau ni, tengok senang sangat dan bahan pun sikit, yg paling penting SEDAP ?? Korang cuba lah, memang sedap!


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : ?Nurliz Emeera

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Sedap, Simple & Terbaek


Bahan-bahan:

?? 2 labu bawang besar di hiris besar2 

?? 2 biji tomato di belah2, nak letak 3 biji pun boleh

?? 2 batang cili merah di hiris2

?? 5-6 biji cili api di hiris2, kalau nak pedas letak lebih

?? 3cm Halia di hiris kasar, halus2 sangat takut terkunyah halia lak 

?? 5-6 biji limau kasturi di ambik jus nya sahaja, Biji buang

?? garam dan serbuk knorr pasti sedap secukup rasa.. takde serbuk knorr pun takpe.. hehehe

?? air secukupnya



Ikan siakap. 

Ni semestinya kena ada.. kalau takde ikan acaner nak masak ?? ikan bawal pun boleh..



Cara-caranya:

Guna kuali besar je.. malas nak guna pengukus walaupun ada.. kata nak cara mudah kannn ??

1) Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak.



2) Bila minyak dah panas, masukkan bawang-bawang dan halia kacau-kacau sampai sedikit layu..



3) Kemudian masukkan air ikut banyak mana kuah yang korang nak, saya masukan 2 cawan je.



4) Masukkan cili merah dan cili api..



6) Tuang jus limau. Kacau sebati dan siram-siram ikan tu dengan kuah dalam kuali tu, jangan ganas-ganas nanti hancur isi ikan tu nanti ??



5) Lepastu masukkan ikan.



7) Masukkan tomato yang di belah2 tadi.  Api sedang-sedang je, jangan kuat sangat.



8) Last sekali masukkan garam dan perasa serbuk knorr pasti sedap. 

Jangan lupa balik-balikkan ikan tu ye.. nanti belah atas tu mentah pulak



Biar merenih, agak-agak isi ikan tu dah masak tutup lah api. 

Siap untuk di hidangkan dan makan!



Tadaaaaa, sedapppp! boleh tabur dengan daun ketumbar ??

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Cara Buat Nugget Homemade Sedap!! | Assalamualaikummmm... Disebabkan mulut nak menguyah je keje nye..jom la buat nugget ayam sendiri.. Mesti anak-anak pun suka.. jom tengok tutorial di bawah.


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : ?Nor Hidayah


Cara Buat Nugget Ayam Homemade Sedap (SbS)


Bahan utama:

Dada ayam dicincang-cincang lumat..



Bahan lain:

1 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

Daun sup

Serbuk lada putih

Gula

Garam

Serbuk maggi (ikut suka nak letak@tak)



2 keping roti rendam dalam air panas pastu lenyek-lenyekkan



Campur semua bahan, gaul rata..



Tambah sebiji telur



Dah gaul-gaul rata.. letak dalam bekas untuk dikukus. 
(Sapukan minyak masak pada bekas dulu.kalau tak nanti melekat)




Dah kukus,sejukkan kejap.pastu potong ikut suka.
Celupkan dalam telur pastu serbuk roti. Ulang-ulang sampai habis.



Dah siapppp.. yang lebih boleh masuk dalam freezer.



Dah siap goreng.... Krap krup krap krup ??

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..